Friday 23 November 2018

Program Gilap Mutiara dan Pendaftaran 2019

- Konsultasi Slip Peperiksaan Akhir Tahun 2018
- Pendaftaran 2019
- Taklimat Dual Language Programe (DLP)
- Taklimat Program LINUS2.0 dan Transisi
- Penjualan kelengkapan persekolahan 2019
- Pentaksiran murid baharu

Monday 5 November 2018

SK Mutiara Kota Kinabalu menyantuni SK Kilimu Ranau dalam Lawatan Penanda Aras dan Perkongsian Pintar

Kalau puan turun ke ladang
Jangan lupa memetik peria
Kami ucapkan selamat datang
Ke Sekolah Kebangsaan Mutiara

Dari pauh angkat permatang
Singgah beli timba baldi
Dari jauh puan datang
Dengar khabar baik budi

Terang bulan kapal belayar
Singgah sebentar di Ulu Tanjung
Berjuang tak minta dibayar
Berkhidmat tak minta disanjung

Bintang-bintang terbit pagi
Diselaput oleh awan putih
Puan sudi sampai ke mari
Kami memberi terima kasih

Banyak kelok ke penarik
Kelok tumbuh pohon kuini
Nan elok dibawa balik
Nan buruk tinggalkan di sini

Sarang lebah di pohon buluh
Tebang sebatang dibuat galah
Datang bersembah jari sepuluh
Mohon ampun silap dan salah

Sayang selasih ditumpah minyak
Bunga padi dengan jerami
Terima kasih banyak-banyak
Kerana sudi bersama kami