Wednesday 4 November 2020

SK Mutiara Kota Kinabalu (SKM) Food Bank


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita sedia maklum, pandemik Covid 19 sedikit sebanyak menjejaskan kesejahteraan sebahagian murid SKM. Dengan izin Guru Besar dan pentadbir sekolah, AJK Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Mutiara Kota Kinabalu mengambil inisiatif menyediakan FOODBANK SKM untuk memberikan bantuan makanan percuma kepada murid-murid SKM yang memerlukan. 

SKM Foodbank ini diletakkan di astaka sekolah dan akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang pada setiap hari Rabu dan Jumaat bermula pada 4 November 2020 (Rabu) sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak. Bagi Fasa yang pertama ini, bantuan hanya disasarkan kepada murid penerima RMT dahulu. Sebarang perubahan nanti akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu, pihak sekolah mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak dan para ibubapa warga SKM samada dalam bentuk barangan makanan atau wang tunai bagi menjayakan aktiviti ini.

Antara barangan keperluan yang dicadangkan ialah beras 5 kg, tepung, gula (1kg) dan minyak masak (dlm plastik). Walau bagaimanapun, pihak pengurusan juga menerima barangan makanan yang lain.

Sumbangan dalam bentuk barangan makanan boleh dihantar ke sekolah (Pusat pengumpulan bilik UBK), manakala sumbangan dalam bentuk kewangan boleh disalurkan dalam akaun PKHEM Puan Rokiah Abdul Ghani -CIMB Bank 7037598390 dengan detail transfer Sumbangan Foodbank SKM.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan;

Ustaz Basri - 0138882442
Ustzh Patmah - 0128442410
Cg. Daisy - 0165868860
Cg. Zaijanah - 0198967575
Cg. Patiah - 0193902062
Guru Kelas anak masing-masing.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan semua. Semoga dengan sumbangan itu dapat mengembirakan anak² murid kita yang memerlukan🙏